top of page

10 PERAWI HADIS TERBANYAK​

10 Perawi Hadis Terbanyak berserta Kitab-kitab Ilmu Rijal Hadis: Text

Ada sepuluh Sahabat Rasulullah s.a.w yang meriwayatkan hadis paling banyak di mana tujuh daripadanya meriwayatkan lebih dari 1,000 hadis semasa hidupnya

Mereka tercatat sebagai Sahabat-sahabat Rasul s.a.w yang terbanyak meriwayatkan hadis. Sepuluh Sahabat tersebut adalah Abdullah bin Umar r.a, Abdullah bin Abbas r.a, Abu Hurairah r.a, Anas bin Malik r.a, Jabir bin Abdullah r.a, Said Al-Khudri r.a, Siti Aisyah r.ha, Abdullah bin Mas'ud, Abdullah bin Amru bin Al-'asr dan Umar ibnu Al-Khattab.

Berikut adalah penerangan ringkas mengenai Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. tersebut:

10 Perawi Hadis Terbanyak berserta Kitab-kitab Ilmu Rijal Hadis: Text

Abu Hurairah RA

  • Nama sebenarnya ialah Abdus Syamsi. Setelah masuk Islam semasa Perang Khaibar, beliau menukar namanya menjadi Abdur Rahman. Kemudian, Rasulullah SAW memanggilnya dengan gelaran Abu Hurairah, yang bermaksud ”Bapa kucing kecil”. Nama ini diberikan kerana dia membawa seekor kucing kecil ke hadapan Rasulullah SAW

  • Cintanya kepada Rasulullah SAW amat luar biasa. Selama empat tahun ia bersahabat dengan Rasulullah SAW (sehingga Baginda wafat) dan dia selalu mengikut ke mana Baginda pergi.

  • Abu Hurairah r.a. bukan seorang penulis. Tidak seperti Abdullah bin Amru r.a. (yang meriwayatkan 700 hadith) yang selalu menuliskan apa yang dia dengar dari Rasulullah SAW

  • Namun, Abu Hurairah r.a. memiliki ingatan yang sangat kuat. Beliau pernah berkata, ”Tidak seorang pun dari Sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang menandingi aku dalam hal menghafal hadith kecuali Abdullah bin Amru r.a. Sesungguhnya (perbedaannya adalah) dia menulis dan aku tidak”.

  • Maka tidak hairan bila Abu Hurairah r.a. tercatat sebagai Sahabat Rasulullah SAW yang terbanyak meriwayatkan hadis iaitu 5,374 hadis.

  • Rasulullah SAW sendiri pernah berkata kepada Abu Hurairah r.a., ”Barang siapa yang merentangkan selendangnya hingga hadisku selesai, lalu ia melipatnya kembali, maka ia tak akan lupa apa sahaja yang ia dengar dariku”.

  • Setelah mendengar sabda Rasulullah SAW, Abu Hurairah r.a. terus merentangkan selendangnya dan Rasulullah SAW mengutarakan banyak hadis, kemudian memeluk Abu Hurairah r.a. ”Demi Allah”, kata Abu Hurairah, ”Setelah itu aku tidak pernah lupa apa yang aku dengar dari Baginda”.

10 Perawi Hadis Terbanyak berserta Kitab-kitab Ilmu Rijal Hadis: Text

Abdullah Ibn Umar RA

  • Beliau adalah anak lelaki Umar bin Khathab r.a. dan saudara kandung Hafshah r.ha, isteri Rasulullah s.a.w. Abdullah r.a. telah meriwayatkan sebanyak 2,630 hadith (kedua terbanyak setelah Abu Hurairah r.a).

  • Abdullah sangat setia mengikuti Rasulullah s.a.w. Jika Rasulullah s.a.w menunaikan solat, dia menjadi makmum di belakangnya.

  • Jika Rasulullah s.a.w berdoa dengan berdiri maka Abdullah r.a. ikut berdiri dan mengaminkannya. Bahkan ketika Rasul s.a.w turun dari unta betina setelah mengelilingi kota Mekah dan menunaikan solat dua rakaat, Abdullah r.a. pun ikut mengelilingi Mekah dan solat dua rakaat sesudahnya, sebagaimana yang beliau saksikan.

  • Tidak hairan jika Ummul Mukminin, Aisyah r.ha berkata, ”Tidak seorang pun Sahabat yang seumpama Ibnu Umar (Abdullah r.a.) dalam mengikuti jejak Rasulullah s.a.w”.

  • Abdullah r.a. seorang yang sangat berhati-hati dalam meriwayatkan hadith. Beliau tidak akan meriwayatkan sesuatu hadith, kecuali yang beliau benar-benar ingat, huruf demi huruf.

  • Selain dari itu, Ibnu Umar r.a. selalu bangun malam menunaikan solat tahajjud dan memohon ampun di waktu sahur sambil menangis. Setiap kali beliau mendengar ayat-ayat tandzir (peringatan) dilantunkan, dia akan mengeluarkan air mata sebagaimana ayahnya.

10 Perawi Hadis Terbanyak berserta Kitab-kitab Ilmu Rijal Hadis: Text

Anas bin Malik r.a:

  • Anas bin Malik r.a. adalah orang yang ketiga terbanyak meriwayatkan hadith. Beliau telah meriwayatkan sebanyak 2,286 hadis, kurang sedikit dari Abdullah bin Umar r.a. Ayahnya bernama Malik bin Nadhir r.a. yang nasabnya bersambung dengan Adi bin Najjar r.a.

  • Ketika Anas r.a. berusia 10 tahun, ibunya menyerahkan beliau kepada Rasulullah s.a.w. untuk menjadi pelayan Baginda.

  • Rasulullah s.a.w memanggil Anas dengan sebutan Dzal Udunaini, yang bermaksud, ”Yang memiliki dua telinga”.

  • Anas r.a. tidak menyertai perang Badar, kerana beliau sangat muda pada masa itu. Namun dalam perang-perang selepasnya, Anas r.a. selalu turut serta dengan beraninya. Ketika Abu Bakar r.a. bermusyawarah dengan sahabat-sahabatnya untuk mendapatkan khidmat Anas r.a., Umar r.a sangat bersetuju dengan usul tersebut dan berkata, ”Anas adalah seorang pemuda yang pandai menulis dan terkenal pula ketaqwaannya, kerana dia lama bersahabat dengan Rasulullah s.a.w”.

  • Ibnu Sirin berkata, ”Anas r.a. adalah orang yang paling baik dalam melaksanakan solat, di rumah atau dalam perjalanan”. Abu Hurairah r.a. pula berkata, ”Saya belum pernah berjumpa dengan orang seperti Ibnu Sulaim (Anas r.a.) dalam melaksanakan solat”.

10 Perawi Hadis Terbanyak berserta Kitab-kitab Ilmu Rijal Hadis: Text

Siti Aisyah r.ha:

  • Beliau adalah puteri Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a dan Ummi Ruman, dan juga isteri Rasulullah SAW setelah wafatnya Khadijah rha. Beliau memeluk Islam pada masa kanak-kanak, bersama lapan orang yang lain.

  • Siti Aisyah adalah seorang gadis yang cerdas dan pandai berbahasa. Beliau juga menguasai ilmu kesehatan dan ilmu nasab. Zuhri pernah berkata, ”Seandainya ilmu Siti Aisyah dibandingkan dengan semua ilmu isteri-isteri Nabi SAW dan semua wanita Arab, niscaya ilmu Siti Aisyah yang lebih utama.”

  • Seorang Sahabat Anwar, berkata, ”Saya belum pernah melihat orang yang lebih pandai dari Aisyah tentang ilmu perubatan, syair dan ilmu fikih”.

  • Rasulullah SAW begitu sayang kepada Aisyah rha. Pada suatu kesempatan Rasulullah SAW berkata kepada Aisyah ra, ”Rasa cintaku kepadamu ya Aisyah, seperti Al-Urwatul Wutsqa (pegangan yang kuat)”.

  • Di kesempatan yang lain, seorang Sahabat bernama Amru bin Ash bertanya kepada Rasulullah SAW tentang siapa yang paling Baginda cintai. Baginda menjawab, ”Yang pertama adalah Aisyah, kemudian Abu Bakar, Umar bin Khathab dan Sahabat-sahabat yang lain”.

  • Semasa hidupnya, Siti Aisyah telah meriwayatkan sebanyak 2,210 hadis. Kemampuannya mengistinbatkan (membuat kesimpulan) beberapa masalah dari sesuatu hadith menunjukkan keunggulannya. Beliau selalu berijtihad bersendirian lalu diikuti oleh para Sahabat yang lain.

10 Perawi Hadis Terbanyak berserta Kitab-kitab Ilmu Rijal Hadis: Text

Abdullah bin Abbas r.a.:

  • Pada usia tujuh tahun Abdullah bin Abbas r.a. telah mendampingi Rasulullah s.a.w. Beliau juga biasa dibonceng oleh Rasululllah s.a.w. ketika bermusafir, laksana orang dengan bayangnya. Abdullah r.a. bercerita, ”Ketika Rasulullah s.a.w hendak solat, Baginda memberikan isyarat agar aku berdiam di belakangnya. Dan, setelah selesai solat, beliau menatapku seraya bertanya, “Mengapa engkau tidak berdiri di sampingku Abdullah?”. Aku menjawab, “Kerana engkau sangat mulia dalam pandanganku. Aku sangat keberatan berdiri di sebelahmu”. Kemudian Rasulullah s.a.w mengangkat kedua tangannya seraya berdoa, “Ya Allah, kurniakanlah ilmu yang hak dan hikmah kepadanya”.

  • Doa tersebut ternyata dikabulkan. Putera kepada Abbas bin Abdul Muthalib, sepupu Rasulullah s.a.w ini menjadi seorang yang tinggi ilmunya dan ahli fikih yang mempunyai ilmu yang dalam.

  • Sepanjang hidupnya ia telah meriwayatkan sebanyak 1,660 hadith.

10 Perawi Hadis Terbanyak berserta Kitab-kitab Ilmu Rijal Hadis: Text

Jabir bin Abdullah r.a:

  • Setiap orang yang berjumpa dengannya, banyak menimba ilmu darinya. Di Masjid Nabi di Madinah, beliau memiliki “halaqah”, tempat orang-orang bertaqwa menuntut ilmu.

  • Jabir bin Abdullah r.a. ikut serta dalam peristiwa bersejarah bersama ayahnya dalam baiat Aqabah. Beliau juga berjihad menyertai Rasulullah s.a.w. dalam banyak peperangan, kecuali Perang Badar dan Perang Uhud. Di kedua-dua perang ini, ayahnya, Abdullah bin Amru, melarangnya dari turut ikut serta.

  • Setelah ayahnya syahid dalan Perang Uhud, Jabir r.a tidak pernah ketinggalan menyertai Rasulullah s.a.w. di medan jihad. Jabir telah meriwayatkan 1,540 hadis dari Rasulullah s.a.w.

10 Perawi Hadis Terbanyak berserta Kitab-kitab Ilmu Rijal Hadis: Text

Said Al Khudri r.a.:

  • Nama sebenarnya ialah Saad bin Malik bin Sanan. Namun beliau lebih dikenali sebagai Abu Said al- Khudri. Beliau adalah salah seorang Sahabat yang dibaiat oleh Rasulullah untuk berpegang pada tali Allah dengan meninggalkan hal-hal yang tercela. Bersamanya dibaiat juga Abu Dzar Al-Ghifari, Sahal bin Saad, Ubbadah bin Shamit, dan Muhammad bin Maslamah. Abu Said ikut serta dalam perang Bani Musthalik, perang Khandak dan 12 perang selepasnya.

  • Abu Said telah meriwayatkan sebanyak 1,170 hadis. Beliau berkata kepada orang yang bertanya untuk menulis hadith darinya, ”Jangan ditulis hadith, tapi hafalkanlah sebagaimana kami menghafalkannya”.

10 Perawi Hadis Terbanyak berserta Kitab-kitab Ilmu Rijal Hadis: Text

Abdullah bin Mas'ud:

  • Beliau adalah Imam yang penuh dengan lautan ilmu, orang yang paling fakih dari umat ini, beliau bernama Abdullah bin Mas'ud bin Ghaafil al-Hudzali al-Makki al-Muhajiri yang berayah Abu Abdurahman, serumpun dari Bani Zahrah. Beliau seseorang yang berpostur tubuh yang rendah lagi kurus, berkulit agak hitam. Disebutkan oleh adz-Dzahabi: 'Beliau terhitung dalam barisan para jenius yang sangat cerdas dikalangan para ulama sahabat, dirinya sangat banyak sekali meriwayatkan hadits dari Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wa sallam' iaitu sebanyak 848 hadis. Dalam hal ini, telah datang penjelasan dari hadits Nabawi yang menerangkan akan keutamaan serta kedudukan beliau dalam hadits-hadits yang sangat banyak.

10 Perawi Hadis Terbanyak berserta Kitab-kitab Ilmu Rijal Hadis: Text

Abdullah bin Amru bin Al-'Asr:

  • Abdullah bin Amr adalah salah satu sahabat pertama yang menulis hadis, setelah mendapat izin dari Nabi Muhammad SAW untuk melakukannya. Sepanjang hidupnya, ia telah meriwayatkan sekitar seribu hadis Nabi. Pada akhirnya, Abdullah bin Amr bin As yang menuliskan naskah berisi kumpulan hadis yang diberi nama As-Shahifah as-Shadiqah. Bahkan perawi hadis terkemuka, Abu Hurairah, pernah mengatakan bahwa Abdullah bin Amr lebih berpengetahuan darinya. Abdullah bin Amr meriwayatkan sebanyak 700 hadis daripada Rasullah S.A.W.

10 Perawi Hadis Terbanyak berserta Kitab-kitab Ilmu Rijal Hadis: Text

Umar ibnu Al-Khattab:

  • Seorang dari suku Quraisy Mekah, ʿUmar ibnu Al-Khattab pada mulanya menentang Nabi Muhammad S.A>W tetapi, pada kira-kira tahun 615, menjadi seorang Muslim. Menjelang tahun 622, apabila dia pergi ke Madinah bersama Nabi Muhammad dan Muslim Mekah yang lain, dia telah menjadi salah seorang penasihat utama Nabi Muhammad, yang berkait rapat dengan Abū Bakr. Kedudukannya di negeri itu ditandai dengan perkahwinan Nabi Muhammad dengan anak perempuannya Ḥafṣah pada tahun 625. Pada kewafatan Nabi Muhammad pada tahun 632, ʿUmar sebahagian besarnya bertanggungjawab untuk mendamaikan umat Islam Madinah dengan penerimaan umat Mekah, Abū Bakr, sebagai ketua negara (khalifah). Abū Bakr (memerintah 632–634) sangat bergantung pada ʿUmar dan mencalonkannya untuk menggantikannya. Sebagai khalifah, ʿUmar adalah orang pertama yang memanggil dirinya "panglima orang beriman" (amīr al-muʾminīn). Pemerintahannya menyaksikan perubahan negara Islam daripada kerajaan Arab kepada kuasa dunia. Umar ibnu Al-Khattab telah meriwayatkan sebanyak 537 hadis daripada Nabi S.A.W.

10 Perawi Hadis Terbanyak berserta Kitab-kitab Ilmu Rijal Hadis: Text

KITAB-KITAB ILMU RIJALUL HADIS

الكتاب: الثقات المؤلف: محمد بن حبان بن أحمد بن حبان بن معاذ بن مَعْبدَ، التميمي، أبو حاتم، الدارمي، البُستي (المتوفى: 354هـ) طبع بإعانة: وزارة المعارف للحكومة العالية الهندية تحت مراقبة: الدكتور محمد عبد المعيد خان مدير دائرة المعارف العثمانية الناشر: دائرة المعارف العثمانية بحيدر آباد الدكن الهند الطبعة: الأولى، 1393 ه‍ = 1973 عدد الأجزاء: 9 [ترقيم الكتاب موافق للمطبوع] تنبيه: ليس بالمطبوع ترقيم للتراجم

الكتاب: الجرح والتعديل المؤلف: أبو محمد عبد الرحمن بن محمد بن إدريس بن المنذر التميمي، الحنظلي، الرازي ابن أبي حاتم (المتوفى: 327هـ) الناشر: طبعة مجلس دائرة المعارف العثمانية - بحيدر آباد الدكن - الهند دار إحياء التراث العربي - بيروت الطبعة: الأولى، 1271 هـ 1952 م [ترقيم الكتاب موافق للمطبوع]

الكتاب: تهذيب الكمال في أسماء الرجال المؤلف: يوسف بن عبد الرحمن بن يوسف، أبو الحجاج، جمال الدين ابن الزكي أبي محمد القضاعي الكلبي المزي (المتوفى: 742هـ) المحقق: د. بشار عواد معروف الناشر: مؤسسة الرسالة - بيروت الطبعة: الأولى، 1400 - 1980 عدد الأجزاء: 35 [ترقيم الكتاب موافق للمطبوع، وهو مذيل بالحواشي وضمن خدمة التراجم]

الكتاب: تهذيب التهذيب المؤلف: أبو الفضل أحمد بن علي بن محمد بن أحمد بن حجر العسقلاني (المتوفى: 852هـ) الناشر: مطبعة دائرة المعارف النظامية، الهند الطبعة: الطبعة الأولى، 1326هـ عدد الأجزاء: 12 [ترقيم الكتاب موافق للمطبوع وهو مذيل بالحواشي]

الكتاب: تقريب التهذيب المؤلف: أبو الفضل أحمد بن علي بن محمد بن أحمد بن حجر العسقلاني (المتوفى: 852هـ) المحقق: محمد عوامة الناشر: دار الرشيد - سوريا الطبعة: الأولى، 1406 - 1986 عدد الأجزاء: 1 [ترقيم الكتاب موافق للمطبوع] اعتمدنا على: نسخة محمد عوَّامة طبعة دار الرشيد بحلب الطبعة: الأولى 1406هـ أرفقنا الفروقات التي بينها وبين طبعة: أبي الأشبال الباكستاني طبعة دار العاصمة الطبعة الأولى 1416هـ وذلك بوضعها بين معكوفتين هكذا [] . (كذا في مصدر الكتاب: موقع الدرر السنية)

الكتاب: لسان الميزان المؤلف: أبو الفضل أحمد بن علي بن محمد بن أحمد بن حجر العسقلاني (المتوفى: 852هـ) المحقق: دائرة المعرف النظامية - الهند الناشر: مؤسسة الأعلمي للمطبوعات بيروت - لبنان الطبعة: الثانية، 1390هـ /1971م عدد الأجزاء: 7 [ترقيم الكتاب موافق للمطبوع وهو مذيل بالحواشي]

10 Perawi Hadis Terbanyak berserta Kitab-kitab Ilmu Rijal Hadis: List
bottom of page